Analisis siri masa zarah terampai (PM10) di Lembah Klang, Malaysia

Ahmad Mahir Razali, and Ari Pani Desvina, (2013) Analisis siri masa zarah terampai (PM10) di Lembah Klang, Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (1). pp. 65-80. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

49kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/

Abstract

Masalah pencemaran udara adalah suatu fenomenon yang sering dinyatakan pada masa kini,misalnya pencemaran udara di kawasan bandar di negara-negara Asian. Pencemaran udara merupakan suatu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang bertoksik atau beradioaktif seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, zarah terampai dan sebagainya ke dalam atmosfera, hal ini boleh memberi kesan berbahaya kepada tubuh manusia. Dalam kajian ini dibincangkan peramalan dan pengkajian trend data kepekatan zarah terampai (PM10) dengan menggunakan pendekatan Box-Jenkins, di empat kawasan, iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang. Data cerapan yang digunakan adalah data yang dikumpul secara purata harian dari bulan Januari 2007 hingga Disember 2007.Pendekatan Box-Jenkins terdiri daripada empat langkah asas, iaitu langkah pengecaman kasar,langkah penganggaran parameter, langkah penyemakan diagnostik dan peramalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keempat-empat kawasan mempunyai model yang sama, iaitu model AR(3) tanpa parameter 2  . Kesamaan model yang diperoleh bagi keempat-empat kawasan pengamatan disebabkan keempat-empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang kedudukannya saling berhampiran. Model ini digunakan untuk analisis selanjutnya, iaitu peramalan data masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Box Jenkins; autoregresi; purata bergerak; autoregresi dan purata bergerak; campuran autoregresi dan purata bergerak berintegrasi
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:6488
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2013 03:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page