Ramlee Musa, and Nur Fhathyhah Razali, and Zainol Mustafa, (2013) Keberkesanan pelaksanaan projek-projek Kumpulan Inovatif Dan Kreatif di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (1). pp. 95-106. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Repository staff only 26kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai keberkesanan tahap pelaksanaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua peserta KIK terpilih dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, turut dikaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan tahap pelaksanaan projek-projek KIK berdasarkan lima elemen, iaitu sokongan pengurusan, penglibatan pegawai,faktor-faktor dalaman, pengurusan sumber dan penambahbaikan berterusan. Analisis demografi, analisis perihalan, analisis min dan analisis korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa faktor penambahbaikan berterusan paling mempengaruhi keberkesanan tahap pelaksanaan KIK dengan jantina responden memainkan peranan dalam menyumbang kepada faktor tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | keberkesanan; KIK; penambahbaikan berterusan |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 6490 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Sep 2013 03:58 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page