Penambahbaikan antara muka sistem penilaian pengajaran kursus (SPPK) UKM

Azizah Jaafar, and Shahrir Abdullah, and Azian Abd. Latif, and Thomas Paraidathathu, and Wan Noorina Wan Ahmad, and Sity Daud, and Juhana Salim, (2013) Penambahbaikan antara muka sistem penilaian pengajaran kursus (SPPK) UKM. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 5 (2). pp. 75-76. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
39kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/

Abstract

Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) ialah sistem yang disediakan untuk menilai kualiti pengajaran kursus di UKM daripada perspektif pelajar. Walau bagaimanapun, sistem telah diubah namanya kepada Sistem Pengajaran dan Penilaian pada tahun 2012 kerana mengambil kira elemen penyeliaan dalam program pengajian, terutamanya program pengajian siswazah. SPPK merupakan salah satu sistem maklum balas pelajar yang memberi input penting untuk penambahbaikan kualiti program pengajian secara berterusan yang dijalankan di semua fakulti. Satu kajian dijalankan terhadap SPPK UKM tersebut. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti masalah kepenggunaan yang terdapat dalam SPPK yang ditambah baik yang mana dalam kajian ini dipanggil SPPKP. Kajian penambahbaikan SPPK dilakukan berasaskan hasil penilaian kepenggunaan yang dijalankan. Kajian untuk mendapatkan maklum balas pelajar terhadap antara muka SPPKP dilakukan. Kajian penilaian kepenggunaan ini dijalankan melalui persampelan rawak berstrata terhadap pelajar UKM. Kaedah kajian ialah pemerhatian melalui penjejakan anak mata, soal selidik dan temu bual. Hasil kajian dapat menyingkap masalah kepenggunaan yang berkemungkinan masih lagi memberi impak kepada keberkesanan antara muka SPPKP yang telah direka bentuk. Cadangan penambahbaikan dicadangkan pada akhir kajian.

Item Type:Article
Keywords:Sistem Penilaian Pengajaran Kursus;kualiti pengajaran
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:6497
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2013 08:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page