Mengapa pelajar takut bertanya dalam kuliah?: sebuah kajian di Universiti Malaysia Kelantan

Yohan Kurniawan, and Thana Abdullah, and Khuzaiton Zakaria, and Wan Muhamad Wan Abdullah , (2012) Mengapa pelajar takut bertanya dalam kuliah?: sebuah kajian di Universiti Malaysia Kelantan. Jurnal Pesonalia Pelajar, 15 . pp. 13-22. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
7kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Interaksi dalam bilik kuliah antara pensyarah dan pelajar merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Aktiviti ini dipengaruhi oleh faktor motivasi, keadaan persekitaran bilik kuliah, dorongan daripada pensyarah dan rakan-rakan kuliah. Dalam konteks ini, budaya pelajar di Asia sangat berbeza dengan budaya pelajar di barat seperti Eropah dan Amerika. Pelajar Barat lebih berani bercakap dan bertanya semasa perkuliahan dibandingkan pelajar di Asia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pelajar berasa malu atau "takut" untuk bertanya semasa perkuliahan. Data kajian diperolehi menerusi survei ke atas seramai 270 orang pelajar dani Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia dengan menggunakan borang soal selidik. Soalan dalam soal selidik dibahagikan kepada DUA (2) iaitu Bahagian A tentang faktor dalaman dan bahagian B tentang faktor luaran. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS dan teknik analisis yang digunakan adalah teknik deskriptif dan korelasi. Kajian mendapati bahawa pelajar sedar akan pentingnya bertanya soalan di dalam bilik kuliah, tetapi mereka merasa malu walaupun pensyarah menggalaldcan mereka untuk bertanya semasa kuliah. Mahasiswa tersebut mahu bertanya, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus ditanyakan, dan mereka bimbang jika rakan-rakan mereka berfikir bahawa mereka cuba menunjuk-nunjuk. Kajian ini juga menunjukkan bahawa mahasiswa sedar bertanya dalam bilik kuliah akan membantu mereka lulus dengan lebih mudah. Selain menyedari bahawa mereka lebih mudah mendapat kedudukan dalam kelab atau persatuan mahasiswa di peringkat universiti. Pelajar didapati cenderung bertanya semasa berada dalam bilik kuliah apabila topik perkuliahan dirasakan sangat menarik. Mereka terdorong untuk memahami dan menguasainya. Akhirnya, kajian ini menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi galakan dan dorongan kepada mahasiswa untuk aktif bertanya semasa dalam perkuliahan.

Item Type:Article
Keywords:Perasaan malu atau takut, faktor dalaman, faktor luaran, budaya timur
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6499
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2013 03:24
Last Modified:10 Sep 2013 01:27

Repository Staff Only: item control page