Faktor risiko dan pelindung terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Siti Marhamah Kamarul Arifain, and Khaidzir Hj. Ismail, and Hanina Halimatusaadiah Hamsan, and Zaki Ibrahim, (2012) Faktor risiko dan pelindung terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Personalia Pelajar, 15 . pp. 23-33. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
46kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor risiko dan pelindung yang mempengaruhi tingkah laku seksual pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga telah menggunakan enam soal selidik iaitu soal selidik kawalan kendiri, soal selidik Santa Clara Strength of Religious Faith Questionnaire, soal selidik faktor keluarga, soal selidik delikuensi rakan sebaya, soal selidik institusi pengajian dan soal selidik komuniti. Seterusnya pengkaji juga menggunakan reka bentuk tinjauan serta teknik persampelan terhadap pelajar IPTA di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan dua kaedah analisis iaitu kaedah analisis deskriptif dalam melihat bilangan pelajar yang pernah melakukan seks dan regresi logistik bagi analisis inferensi. Saiz sampel yang diambil bagi reka bentuk tinjauan adalah seramai 487 pelajar IPTA yang berumur 19 hingga 24 tahun. Hasil kajian bagi analisis deskriptif daripada 487 responden, didapati 28 orang pelajar mengalcu pernah melalcukan seks. Manakala, bagi hasil kajian analisis regresi logistik pula mendapati kedua-dua pembolehubah pengaruh keluarga tahap tinggi dan pengaruh rakan sebaya tahap tinggi merupakan peramal yang signifikan bagi perlakuan seksual berisiko responden. Pengaruh keluarga merupakan faktor pelindung manakala pengaruh rakan sebaya pula merupakan faktor risiko. Seterusnya pembolehubah lain iaitu kawalan kendiri, keagamaan, institusi pengajian dan komuniti tidak menjadi peramal yang signifikan terhadap tingkah laku seksual. Beberapa cadangan telah diberikan oleh pengkaji untuk membina program-program intervensi sama ada terhadap remaja atau belia mengikut peringkat umur yang sesuai.

Item Type:Article
Keywords:Faktor risiko dan faktor pelindung, tingkah laku seksual, analisis regresi logistik.
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6500
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2013 03:32
Last Modified:10 Sep 2013 01:50

Repository Staff Only: item control page