Tahap kefahaman dan penerimaan pelajar tahun 2 Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap kontrak pembelajaran

Jumali Hj Selamat, and Khaidzir Hj. Ismail, and Kadaruddin Aiyub, and Kadir Arifin, and Lukman Z. Mohamad, and Roslee Rajikan, and Azahan Awang, and Mohd. Helmi Abd. Rahim, and Farhana Abdullah, and Nur Ain Kamal, (2012) Tahap kefahaman dan penerimaan pelajar tahun 2 Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap kontrak pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, 15 . pp. 35-43. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
6kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Kefahaman individu boleh terbina melalui maklumat yang diperolehi, kualiti maklumat dan cara maklumat disampaikan. Sehubungan itu, kertas ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman pelajar UKM terhadap pelaksanaan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran. Seramai 1013 responden terlibat dalam kajian mi. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman responden adalah sederhana dengan nilai min antara 3.29 hingga 3.48 terhadap empat elemen utama iaitu konsep kontrak pembelajaran, tujuan dilaksanakan, cara pelaksanaan dan mekanisme permohonan. Tahap pengetahuan responden pula, ianya berada pada tahap yang sangat baik dengan min antara 1.61 hingga 1.81. Sementara itu, tahap penerimaan pelajar menunjukkan 35.4 peratus yang bersetuju walaupun pelbagai maklumat disediakan untuk memberi penerangan. Oleh itu, sebahagian daripada cadangan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan tahap penerimaan pelajar ialah mengadakan taklimat berterusan, hari bersama pelanggan, penggunaan sistem dan melantik felo daripada fakulti dan kolej.

Item Type:Article
Keywords:kokurikulum; mahasiswa; kontrak pembelajaran; kolej kediaman
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6501
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2013 03:37
Last Modified:10 Sep 2013 01:54

Repository Staff Only: item control page