Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik

Ahmad Esa, and Siti Khadijah Ab Manap, (2012) Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Personalia Pelajar, 15 . pp. 45-50. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
42kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Kemahiran kepimpinan perlu dikuasai oleh para pelajar yang juga merupakan pemimpin masa depan. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar. KRS menyediakan peluang kepada pelajar untuk menerapkan kemahiran kepimpinan dalam did mereka. Kajian ini dijalankan untuk melihat pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti KRS di Sekolah Menengah Teknik, Batu Pahat (SMTBP). Objektifkajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri, tahap kesedaran dan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran kepimpinan yang diterapkan dalam alctiviti KRS. Sampel kajian adalah seramai 36 orang pelajar KRS di SMTBP. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai manakala bagi senarai semak menggunakan kekerapan dan menganalisis transkrip temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri kemahiran kepimpinan dapat dibangunkan iaitu komunikasi, kredibiliti, karisma dan keterampilan. Di samping itu kajian mendapati bahawa mereka menyedari dan menguasai ciri-ciri kepimpinan yang diterapkan dalam KRS. Justeru dapat disimpulkan bahawa kemahiran kepimpinan boleh dibangunkan menerusi aktiviti kokurikulum unit beruniform.

Item Type:Article
Keywords:Kokurikulum; kepimpinan; komunikasi; kredibiliti; karisma; keterampilan; Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6502
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2013 03:41
Last Modified:10 Sep 2013 01:57

Repository Staff Only: item control page