Sikap keusahawanan dan hasrat keusahawanan: satu penilaian instrumen dalam mengkaji kecenderungan keusahawanan

Baharu Kemat Al-Haj, and Mohammed Zain Yusof, (2012) Sikap keusahawanan dan hasrat keusahawanan: satu penilaian instrumen dalam mengkaji kecenderungan keusahawanan. Jurnal Personalia Pelajar, 15 . pp. 61-69. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
47kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai instrumen yang digunakan di dalam mengukur kecenderungan keusahawanan dengan menggunakan dua pendekatan iaitu sikap keusahawanan dan hasrat keusahawanan. Instrumen orientasi sikap keusahawanan yang dibangunkan oleh Robinson et al. (1991) digunakan untuk mengukur dimensi orientasi sikap keusahawanan, manakala untuk hasrat keusahawanan instrumen yang dibangunkan oleh Krueger et al. (2000) digunakan. Walaupun pendekatan sikap sebagai suatu pendekatan yang kurang stabil dalam mengkaji keusahawanan berbanding dengan pendekatan personaliti dan 'trait' kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan menerusi proses yang saling bertindak terhadap persekitaran tetapi dengan menggunakan model sikap dalam mengkaji kecenderungan keusahawanan merupakan satu pendekatan baru. Pendekatan sikap merupakan pendekatan terbaik dalam menerangkan usahawan berbanding dengan pendekatan ciri-ciri personaliti atau demografi kerana ia melihat hubungkait di antara sikap dan gelagat. Instrumen sikap telah diuji kebolehpercayaan dan menunjukkan nilai yang konsisten. Instrumen ini mudah digunakan dan mudah difahami oleh renponden. Instrumen sikap mengandungi 75 soalan yang telah direkabentuk untuk mengukur empat faktor utama iaitu pencapaian (23 item), penghargaan din i (14 item), kawalan personal (12 item), inovasi (26 item) dengan skala likert di antara 1 hingga 10. Instrumen sikap telah diuji kepada 30 orang pelajar universiti sebagai ujian pertama dan ujian kedua dijalankan untuk melihat konsistensi koefisyen kebolehpercayaan. Dalam pendekatan untuk mengkaji hasrat keusahawanan penyelidik telah menggunakan instrumen yang diketengahkan oleh Krueger et al. (2000). Instrumen hasrat mengandungi 38 item yang terdiri daripada kecenderungan tingkahlaku proaktif (16 item), kemahuan tertanggap (5 item), kebolehan tertanggap (5 item), kengalaman lepas (5 item), dan hasrat keusahawanan (7 item). Hasil daripada ujian kebolehpercayaan didapati bahawa instrumen sikap keusahawanan lebih mantap dalam meramal sikap cenderung terhadap keusahawanan berbanding instrumen yang digunakan dalam mengkaji hasrat keusahawanan.

Item Type:Article
Keywords:Instrumen orientasi sikap keusahawanan; sikap keusahawanan; hasrat keusahawanan.
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6504
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2013 03:49
Last Modified:10 Sep 2013 02:06

Repository Staff Only: item control page