Mohd Kher Hussein, and Saiful Arif Abdullah, and Chamhuri Siwar, and Shaharuddin Mohamad Ismail, (2013) Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor,Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (3). pp. 1-11. ISSN 2180-2491
|
PDF
873kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Pembangunan landskap hutan-hutan rekreasi di Malaysia dilaksana dan diurus oleh pihak Jabatan Perhutanan. Namun, perkembangan pesat yang dialami oleh kawasan tersebut menyebabkan pengurusan hutan rekreasi berkenaan diserahkan kepada pihak lain seperti lembaga pelancongan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Senario ini telah menyebabkan pembangunan landskap hutan rekreasi menerima impak yang besar ekoran pembangunan kawasan lebih menekankan kepada kaedah untuk memperoleh sumber pendapatan untuk mengurus dan juga keuntungan. Hal ini menggugat kelestarian kawasan berkenaan. Keadaan ini timbul disebabkan oleh dua isu utama,iaitu isu pembangunan dan isu pengurusan. Kedua-dua isu tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan hutan rekreasi mengalami kegagalan kerana kekurangan pengunjung dan tidak mendapat sokongan masyarakat setempat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perlaksanaan pembangunan tiga tapak landskap hutan rekreasi di Selangor sebagai kes. Dua kaedah kajian digunakan, iaitu temu bual dan pemerhatian di lapangan. Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat sahih lagi terperinci mengenai strategi pembangunan landskap kawasan kajian. Manakala pemerhatian lapangan dilakukan untuk mendapatkan data mengenai penampilan fizikal kawasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan, pembangunan, perlaksanaan dan pengurusan landskap kawasan kajian perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan hutan rekreasi sebagai kawasan pemeliharaan dan pemuliharan hutan serta untuk kesejahteraan hidup manusia dapat dicapai. Oleh itu pihak-pihak berkaitan perlu berusaha untuk memastikan hutan rekreasi yang ada dibangunkan dengan lebih sistematik dan diurus dengan sempurna untuk generasi masa kini dan yang akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | eko-pelancongan; hutan rekreasi; kelestarian; landskap; pembangunan; perancangan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 6506 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Sep 2013 01:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page