Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak: persepsi penduduk terhadap impak pembangunan

Nurain Sahazali, and Er, Ah Choy (2013) Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak: persepsi penduduk terhadap impak pembangunan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (3). pp. 69-79. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
245kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Ekopelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta memberikan faedah kepada komuniti tempatan melalui penglibatan mereka dalam industri berkenaan.Ekopelancongan mempunyai impak pembangunan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi penduduk mengenai impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial. Taman Paya Bakau Seri Manjung,Perak dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik yang mampu menarik pelancong yang sukakan aktiviti ekopelancongan sambil menghayati keindahan alam sekitar. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada satu set soal selidik persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis menunjukkan bahawa ekopelancongan Taman Paya Bakau telah dimajukan oleh pihak berkepentingan. Namun, penglibatan komuniti di sini masih kurang. Ini menyebabkan peluang ekonomi kepada penduduk masih tidak meluas. Perubahan cuaca dapat dirasai oleh penduduk kerana proses pembangunan semakin pesat dijalankan. Keadaan sosial penduduk tempatan semakin maju akibat pertambahan kedatangan pelancong. Untuk meningkatkan kemajuan taman paya bakau ini, penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain perlu ditambah.

Item Type:Article
Keywords:ekopelancongan; impak pembangunan; paya bakau; peluang ekonomi; penglibatan komuniti;perubahan cuaca
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6512
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2013 02:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page