Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang

Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, and Mushrifah Idris, and Amriah Buang, and Nur Amirah Kamarus Zaman, and Sri Winarni Samsir, and Ahmad Nazrin Aris Anuar, (2013) Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (3). pp. 80-94. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
169kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Aset semula jadi sama ada berasaskan alam sekitar ataupun budaya sudah menjadi sebahagian daripada prasyarat dalam memajukan sektor pelancongan. Apabila ia menjadi motif utama kunjungan pelancong ke sesebuah destinasi, ini menunjukkan faktor tersebut berterusan menjadi penting dalam pelancongan, terutama bagi negeri-negeri yang kaya dengan tarikan dan sumber semula jadi. Dalam konteks ini, negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian aset semula jadi yang mampu menjadi tarikan pelancongan.Persoalannya, bagaimanakah memperkasakan aset semula jadi yang pada umumnya ‘kaku’ dan ‘keras’ kepada suatu perwatakan yang ‘lembut’ dan ‘bermakna’, yang berupaya menjanakan pengalaman, penceritaan dan keunikan kepada pelancong. Selain itu, ia masih belum difahami secara mendalam, terutama oleh pihak-pihak berkepentingan. Meskipun ekopelancongan dan pelancongan alam semula jadi sudah berdekad lamanya berada dalam dimensi pelancongan, namun masih ada ruang dan kewajaran untuk memperkasakannya sekiranya aset ini dilihat secara lebih berkarakter, menawarkan pengalaman, penceritaan dan ilmu lokal yang dicari-cari oleh para pelancong masa kini. Makalah ini cuba memberikan senario aset semula jadi di negeri Pahang dan kawasan ekobudaya Tasik Chini-Pekan dalam usaha untuk mengenal pasti pendekatan dalam memperkasakan lagi aset semula jadi tersebut. Melalui penelitian ini, aset semula jadi tersebut mempunyai ragam dan dimensi yang perlu diangkat sama ada menjadi ikon pelancongan negeri Pahang, dibentuk semula sebagai produk cenderahati dan perhiasan diri ataupun menjadi landskap panorama yang menjana percutian kembara jelajah negeri atau laluan luar bandar yang lebih menarik. Makalah ini turut mengemukakan cadangan bagaimana memperkasakan aset semula jadi ini bagi membolehkan pihak berkepentingan melakukan inisiatif secara kolaborasi iteratif antara komuniti dan Universiti. Ini akan memastikan aset semula jadi ini terus menjadi prasyarat utama perkembangan dan kelestarian pelancongan Negeri Pahang.

Item Type:Article
Keywords:aset alam dan budaya; aset semula jadi; pelancongan lestari; pemerkasaan; pemetaan dan kontruk;Tasik Chini-Pekan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6513
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2013 02:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page