Halangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Malaysia: kajian kes di Selangor

Nur Hairani Abd Rahman, and Khairiah Salwa Mokhtar, and Muhammad Asri Mohd Ali, (2013) Halangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Malaysia: kajian kes di Selangor. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (1). pp. 42-62. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/

Abstract

Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu menunjukkan satu perubahan drastik dalam landskap politik Malaysia. Hal ini merujuk kepada kejayaan parti pembangkang, Pakatan Rakyat, yang berjaya menguasai beberapa buah negeri termasuklah negeri Selangor. Hasil kejayaan ini, Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menerajui pemerintahan di negeri Selangor, sekurang-kurangnya sebelum pilihan raya umum Malaysia yang ke-13. Meskipun pentadbiran Pakatan Rakyat telah mencapai tempoh maksimum lima tahun di Selangor, namun pilihan raya kerajaan tempatan (PRKT) seperti yang telah dijanjikan dalam PRU12 gagal dilaksanakan. Lantaran itu, kajian ini cuba untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor kekangan utama yang menyebabkan kegagalan mengembalikan semula demokrasi di peringkat kerajaan tempatan di Malaysia, khususnya di Selangor. Hasil analisis mendapati terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat di Selangor berkenaan isu ini. Antaranya ialah kekangan perundangan, kekangan daripada kerajaan Persekutuan, keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menguruskan PRKT dan kekangan kewangan. Di samping itu, konsensus ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat, PAS-DAP-PKR dalam isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada usaha mengembalikan semula PRKT di Selangor.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya kerajaan tempatan; pelaksanaan semula; Pakatan Rakyat; Barisan Nasional.
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:6528
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2013 08:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page