Sejarah asal-usul dan kegiatan ekonomi Chettiar di Tanah Melayu

Ummadevi Supiah, and Sivachandralingam Sundara Raja, (2013) Sejarah asal-usul dan kegiatan ekonomi Chettiar di Tanah Melayu. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (1). pp. 63-90. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
628kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/

Abstract

Artikel ini memperinci sejarah asal-usul dan peranan ekonomi komuniti Chettiar di Tanah Melayu mulai abad ke-19 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tumpuan analisisnya adalah kepada aspek sosiobudaya dan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara yang dapat dikesan sejak zaman klasik di India Selatan. Chettiar telah memainkan peranan penting dalam kegiatan peminjaman wang di India sejak zaman klasik dan peranan tersebut lebih menonjol pada era pemerintahan British di India. Tekanan yang diberikan oleh British telah memaksa mereka mara ke dunia luar untuk menjalankan aktiviti dan Asia Tenggara telah menjadi tumpuan utama. Keupayaan Chettiar untuk memainkan peranan yang dominan dalam kegiatan peminjaman wang dan perniagaan banyak dipengaruhi oleh aspek sosiobudaya seperti kuil yang muncul sebagai institusi sosial, semangat kesukuan, institusi perkahwinan, kekeluargaan dan sistem nilai. Sistem sosiobudaya ini telah menyumbang dalam pengumpulan harta yang menjadi sumber kewangan utama bagi komuniti Chettiar memulakan aktiviti peminjaman wang di India Selatan dan Asia Tenggara.

Item Type:Article
Keywords:Chettiar; kasta/caste/nagar kovil; hubungan perdagangan; Nina Chatu; peminjaman wang
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:6529
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2013 08:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page