Sistem kepartian di Indonesia pasca orde baru:persaingan atau perkartelan?

Ibrahim Omar, and Izham Hakimi Hamdi, (2013) Sistem kepartian di Indonesia pasca orde baru:persaingan atau perkartelan? Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (1). pp. 155-176. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
382kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/

Abstract

Artikel ini berhujah sistem kepartian di Indonesia pasca reformasi adalah sistem kepartian yang terkartelisasi. Parti-parti politik adalah kompetitif sebelum dan semasa pilihan raya dan tidak selepas berakhirnya pilihan raya. Ini kerana parti-parti tersebut yang sebelum ini bersaing berpakat untuk membentuk kartel dalam kerajaan. Akibatnya reformasi yang diharapkan rakyat dapat membawa perubahan kepada politik Indonesia adalah semu semata kerana perkartelan ini menyebabkan tidak adanya pembangkang dalam kerajaan dan semakin berleluasanya korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam negara. Persoalannya ialah apakah faktor utama yang menyebabkan munculnya perkartelan itu dan bagaimana daya tahannya? Artikel ini menjawap persoalan ini. Andaian yang dibangun untuk menjawab soalan di atas ialah kepentingan untuk memenuhi keperluan kewangan telah mendorong parti-parti politik untuk ikut serta di dalam kabinet dan terlibatdalam struktur kepimpinan komisi di DPR. Penglibatan mereka dalam kerajaan bukan untuk mewujudkan matlamat ideologi atau program parti, tetapi lebih mengarah kepada menyelamatkan sumber-sumber kewangan ekonomi mereka.

Item Type:Article
Keywords:parti politik; sistem kepartian; perkartelan; Indonesia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:6533
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2013 01:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page