Mohamad Rodzi Abd Razak, and Abbul Ghapa Harun, and Zubaidah Hamzah, and Azaharudin Mohamed Dali, (2013) Rekonsiliasi hubungan Malaysia-Indonesia dalam konteks regionalisme Asia Tenggara. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (1). pp. 177-197. ISSN 2180-0251
|
PDF
445kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/
Abstract
Artikel ini bertujuan meneliti rekonsiliasi sebagai proses dalam mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia khususnya dalam konteks regionalisme di Asia Tenggara. Dalam konteks Asia Tenggara, keakraban hubungan antara Malaysia dan Indonesia memang sukar untuk dipisahkan. Wujudnya pelbagai istilah seperti nusantara, dunia Melayu, serumpun, hubungan abang-adik melambangkan keintiman yang wujud antara kedua-dua negara. Ia diperkukuhkan lagi ekoran wujudnya persamaan dari segi bahasa, anutan agama mahupun latar budaya. Namun demikian, hubungan Malaysia-Indonesia seringkali berada di dalam keadaan tidak stabil terutamanya sejak dekad 1960-an. Keadaan ini mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak terhadap masa depan hubungan dua buah negara yang dianggap bersaudara ini. Rekonsiliasi adalah satu strategi penyelesaian konflik antara-negara. Strategi ini semakin meluas diamalkan dalam politik antarabangsa. Dalam era globalisasi yang membawa kepada meningkatnya hubungan saling pergantungan, banyak negara kini bergerak ke arah rekonsiliasi bagi memperbaiki hubungan dengan jiran masing-masing. Matlamat akhirnya adalah untuk mewujudkan hubungan intim dan harmoni yang berpanjangan antara pemerintah, kerajaan malah dalam kalangan rakyat di kedua-dua buah negara. Rekonsiliasi digerakkan sebagai proses mewujudkan perdamaian dan membina hubungan intim yang berpanjangan di antara dua buah negara yang saling bermusuhan di antara satu sama lain. Proses rekonsiliasi bukan hanya sekadar kerajaan di dua buah negara bermusuhan menandatangani perjanjian persahabatan dan persefahaman. Tuntasnya, proses rekonsiliasi memerlukan penglibatan segenap lapisan masyarakat. Elemen-elemen ini adalah penting bagi menghapuskan unsur-unsur struktural mahupun sosio-psikologikal rakyat yang menjadi pencetus kepada perbalahan antara pemimpin dan rakyat kedua-dua buah negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | rekonsiliasi; regionalisme; dunia Melayu; hubungan Malaysia-Indonesia |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 6534 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Sep 2013 02:05 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page