Taburan, biojisim dan kedinamikan pokok sapindaceae di plot 50 ha di Hutan Simpan Pasoh, Negeri Sembilan, Malaysia

Nur ‘Aqilah, M.B. and Nizam, M.S. and Latiff, A. (2013) Taburan, biojisim dan kedinamikan pokok sapindaceae di plot 50 ha di Hutan Simpan Pasoh, Negeri Sembilan, Malaysia. Sains Malaysiana, 42 (10). pp. 1523-1528. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
171kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Data bagi Sapindaceae dalam suatu plot kekal 50 ha di Hutan Simpan Pasoh, Negeri Sembilan, Malaysia telah diperoleh dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Kepong dan telah diguna untuk menilai pengeluaran primer dan taburan famili. Lima bancian telah dijalankan dalam tahun 1985-2005 dan analisis data telah dijalankan ke atas bancian terakhir. Walau bagaimanapun perbandingan telah dibuat antara kelima-lima bancian untuk menentukan kevariabelan. Daripada bancian tahun 2005, 10 genus dan 18 spesies Sapindaceae telah direkodkan di dalam plot. Sejumlah 13360 dirian pokok telah dikira dan spesies yang paling banyak ialah Xerospermum noronhianum (7678 dirian). Jumlah biojisim bagi famili telah dianggarkan sebanyak 7.25 t/ha dan biojisim atas tanah tertinggi telah disumbangkan oleh X. noronhianum, dengan anggaran sebanyak 2.78 t/ha. Spesies ini juga mempunyai nilai keluasan pangkal tertinggi dengan 17.68 m2/ha. Anggaran biojisim untuk 20 tahun telah berkurangan secara signifikan (ANOVA, p<0.05) antara empat bancian. Genus yang mempunyai dirian tertinggi ialah Xerospermum (57.47%). Bagi melihat corak taburan, Indeks Taburan Morisita (Id) telah digunakan dan mendapati semua spesies mempunyai corak taburan secara rawak. Sebanyak 2292 dirian telah didapati mati (278/tahun) dan 1246 dirian baru direkodkan (172/tahun) pada tahun 2005. Secara keseluruhannya pertambahan saiz diameter bagi tempoh 20 tahun adalah sangat kecil iaitu 0.03 cm/tahun.

Item Type:Article
Keywords:Indeks taburan Morisita; kematian; komposisi spesies; tumbesaran
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6557
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2013 08:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page