Persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal

Mohd Fairuz Jamaluddin, and Latifah Abdul Majid, (2013) Persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal. Jurnal Hadhari, 5 (1). pp. 1-19. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

715kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam di IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal. Persepsi yang dikaji adalah berhubung dengan dua isu yang diperjuangkan oleh fahaman tersebut iaitu isu aurat dan isu kebebasan beragama. Kajian ini memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai lokasi kajian yang melibatkan 100 responden iaitu pelajar-pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda. Metodologi yang digunakan adalah gabungan dua metode utama kajian iaitu kajian analisis dokumen dan kajian tinjauan yang melibatkan pengedaran soal selidik serta temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah menolak kedua-dua isu yang diketengahkan oleh fahaman Islam Liberal. Namun yang demikian, terdapat juga sebilangan mereka telah memperlihatkan persepsi yang cenderung ke arah pemikiran Islam Liberal terhadap isu-isu tersebut. Justeru, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak KUIS berhubung dengan persepsi pelajar mereka mengenai isu-isu fahaman Islam Liberal.

Item Type:Article
Keywords:Islam Liberal; KUIS; IPTS; pengajian Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6567
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Oct 2013 00:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page