Muhammad Syahir Abu Bakar, and Ahmad Sunawari Long, and Ibrahim Abu Bakar, (2013) Perspektif Aristotle dan Al-Ghazali terhadap konsep persahabatan. Jurnal Hadhari, 5 (1). pp. 21-36. ISSN 1985-6830
PDF
Restricted to Repository staff only 418kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/
Abstract
Manusia di dunia ini tidak boleh hidup tanpa sahabat kerana mereka perlukan sahabat untuk saling bekerjasama antara satu sama lain bagi meneruskan kehidupan mereka. Perkataan sahabat memang acap kali didengar dan dilafazkan, tetapi manusia kurang menghayati maksud sebenar perkataan sahabat tersebut. Atas sebab ini, satu kajian dibuat untuk membincangkan dan membandingkan mengenai definisi dan tujuan persahabatan yang dibincangkan oleh dua orang tokoh pemikiran yang terkenal iaitu Aristotle (384-322 S.M) dan al-Ghazali (1058-1111 M) bagi memahami lebih mendalam berkenaan persahabatan ini. Seterusnya, kajian ini bergantung kepada metode analisis kandungan dan perbandingan. Hasil kajian ini menunjukkan definisi dan tujuan persahabatan Aristotle dan al-Ghazali itu mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dalam aspek tertentu. Oleh yang demikian, perbincangan mengenai definisi dan tujuan persahabatan ini dianggap penting kerana ia mungkin dapat memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat mengenai persahabatan ini dalam kehidupan seharian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | definisi persahabatan; tujuan persahabatan; Aristotle; al-Ghazali |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 6568 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Oct 2013 00:33 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page