Mazlan Ibrahim, and Latifah Abdul Majid, and Jaffary Awang, and Muhd Najib Abdul Kadir, and Fadlan Mohd Othman, (2013) Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam menangani Islam Liberal. Jurnal Hadhari, 5 (1). pp. 37-53. ISSN 1985-6830
PDF
Restricted to Repository staff only 451kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/
Abstract
Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan pengajian Islam di Malaysia khususnya di peringkat IPTA dalam menangani ancaman Islam Liberal tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan analisis dokumen yang dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, pengenalan mengenai kajian. Kedua, huraian mengenai Islam Liberal yang merangkumi sejarah perkembangannya serta ciri-ciri pemikiran gagasan Islam Liberal tersebut. Ketiga, perbincangan mengenai kronologi dan perkembangan Pengajian Islam di Malaysia. Keempat, pendekatan Pengajian Islam dan yang kelima, perbincangan mengenai Pengajian Islam dalam mendepani ancaman Islam Liberal. Dapatan awal artikel ini merumuskan bahawa Pengajian Islam di Malaysia melalui subjek-subjek yang ditawarkan dilihat berupaya menjadi satu sistem pendidikan yang kompetitif, memenuhi tuntutan semasa dalam menghadapi cabaran globalisasi seperti cabaran pemikiran Islam Liberal yang wujud pada hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengajian Islam; IPTA; Islam Liberal; institusi |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 6569 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Oct 2013 00:40 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page