Transformasi pusat membeli belah menurut perspektif Islam

Suraiya Ishak, and Amal Hayati Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Abd. Hair Awang, and Mohd Yusof Hussain, (2013) Transformasi pusat membeli belah menurut perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 5 (1). pp. 55-76. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

598kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Pusat membeli belah merupakan lokasi peruncitan yang semakin popular masa kini. Setiap negara umumnya mempunyai beberapa buah pusat membeli belah utama yang menjadi mercu tanda kepesatan serta daya penarik aktiviti peruncitan negara masing-masing. Namun begitu, sehingga kini perbincangan khusus tentang konsep dan model pusat membeli belah bercirikan Islam masih belum kedapatan dan memberi justifikasi kepada perlunya penelitian mendalam tentangnya. Makalah ini mengemukakan perbincangan konseptual tentang dimensi sebuah pusat membeli belah yang menepati syariat Islam. Penelitian ini melibatkan rujukan sumber nas Al-Quran dan pemerhatian kes ke atas sebuah pusat beli belah di Republik Iran iaitu Imam Square. Makalah ini merumuskan dimensi pusat membeli belah Islam terbahagi kepada tiga buah teras utama iaitu dimensi fizikal, bukan-fizikal dan ahlinya. Pusat membeli belah Islam perlu sejajar dengan syariat dalam ketiga-tiga dimensi. Pusat beli belah Islam sangat menekankan adab serta pemuliharaan keharmonian hubungan berpanjangan antara manusia dengan Pencipta dan sesama manusia.

Item Type:Article
Keywords:pusat beli belah; pusat beli belah Islam; peruncitan; halal
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6570
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Oct 2013 00:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page