Pengurusan harta melalui hibah: kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah

Rusnadewi Abdul Rashid, and Nor Hisyam Ahmad, (2013) Pengurusan harta melalui hibah: kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah. Jurnal Hadhari, 5 (1). pp. 91-104. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

402kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul. Dianggarkan sejumlah RM42 bilion harta pusaka orang Islam telah gagal diagihkan kepada waris yang sah disebabkan masalah yang tertentu. Antara faktor yang dikenal pasti adalah berkait rapat dengan kurang keberkesanan dalam sistem pentadbiran dan juga sikap pewaris. Justeru melihat kepada masalah yang wujud, masyarakat perlu didedahkan dengan cara pengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul kepada harta yang ditinggalkan selepas kematian mereka. Ini memandangkan masalah tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi yang buruk dari perspektif ekonomi, undang-undang, agama dan sosial. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang kepentingan perancangan harta dan kebaikan-kebaikan pelaksanaan hibah. Justeru itu, pemberian harta melalui hibah boleh diaplikasikan secara meluas pada masa kini bagi memberikan kebaikan kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Hibah; pusaka; faraid; pembahagian harta
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6572
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Oct 2013 01:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page