Memahami sunnah Rasulullah S.A.W. menerusi gabungan metodologi akhrij hadis & mukhtalif hadis

Mohammad Fattah, and Latifah Abdul Majid, and Ahamad Asmadi Sakat, (2013) Memahami sunnah Rasulullah S.A.W. menerusi gabungan metodologi akhrij hadis & mukhtalif hadis. Jurnal Hadhari, 5 (1). pp. 187-198. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

388kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Menyingkap khazanah sunnah Rasulullah s.a.w. sama ada yang disabdakan, diamalkan dan dipersetujui ibarat membina binaan yang kukuh sebagai tempat perlindungan bagi umat Islam sejagat. Justeru para ulama hadis berusaha mencari metode untuk menyingkap sekali gus memelihara khazanah suci ini. Antara metode dan kaedah yang sedia diguna pakai adalah metode takhrij dan memahami mukhtalif hadis. Dua metode ini sangat efektif untuk mengetahui beribu-ribu kewujudan hadis bahkan penentuan statusnya sama ada boleh diguna pakai sebagai hujah atau tidak. Pengkaji dengan sedaya upaya memberikan pemahaman terhadap penggunaan dua metode ini melalui pendedahan tentang pengertian dan perkembangannya. Metode kajian ini adalah analisis dokumen dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis untuk mendapatkan sumber yang tepat dan sahih. Kemudian menyusulinya dengan memberikan contoh-contoh ringkas untuk mengukuhkan pengertian berkenaan. Kajian mendapati bahawa metode takhrij dan pemahaman terhadap mukhtalif hadis merupakan dua metode yang diusahakan oleh para ulama hadis untuk memelihara kemurnian sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang zaman.

Item Type:Article
Keywords:Sunnah; metodologi; takhrij; mukharri; mukhtalif hadis
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6577
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Oct 2013 01:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page