Keberkesanan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan kefahaman menggunakan teks ekspositori

Yahya Othman, and Dayang Raini Pakar, (2013) Keberkesanan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan kefahaman menggunakan teks ekspositori. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 133-149. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
430kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan penggunaan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan pemahaman Bahasa Melayu menggunakan teks ekspositori. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai prestasi pencapaian pelajar dalam pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi serta menilai kesan penggunaan strategi tersebut dalam pengajaran membaca dan memahami teks. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti strategi-strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar dalam ketiga-tiga proses membaca (sebelum membaca, semasa membaca dan selepas membaca). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian melibatkan 60 orang pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei Muara. Sampel dibahagikan kepada dua buah kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Setiap kumpulan melibatkan seramai 30 orang pelajar bertahap sederhana. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara kumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pra dan pasca. Manakala analisis One Way Ancova digunakan untuk menentukan kesan penggunaan strategi metakognisi terhadap pengajaran bacaan pemahaman. Berdasarkan analisis ujian-t, terdapat perbezaan min prestasi pemahaman bacaan yang signifikan antara skor kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, t (60) = 12.96, p < 0.0. Analisis data One Way Ancova, p= 0.00 < 0.05 (F-ratio = 493.22/2.25 = 219.41 p < 0.05) juga membuktikan kesan penggunaan strategi metakognisi yang signifikan terhadap pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar ketika menjalani proses membaca adalah pelbagai. Secara keseluruhannya, strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar dalam kajian ini terbukti dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap teks bacaan.

Item Type:Article
Keywords:strategi metakognisi; pengajaran; bacaan dan kefahaman; teks ekspositori; eksperimen kuasi
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6598
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2013 03:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page