Hukil Sino, and Zurina Mahadi, and Hasnah Haron, and Muhammad Aizat Misrin, and Nurul'Izzah Ismail, and Mohd Hasamizi Mustapa, (2013) Hubungan di antara amalan kebersihan diri pengendali makanan dan kebersihan kafetaria di Kolej Kediaman UKM. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 1-8. ISSN 1675-8161
PDF
Restricted to Repository staff only 390kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/
Abstract
Kajian kes ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kebersihan diri pengendali makanan dan kebersihan kafetaria di kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 75 responden telah terlibat. Data demografi menunjukkan terdapat responden yang tidak mendapat suntikan demam kepialu (32%) dan tidak mempuyai sijil kursus pengendali makanan (49.3%). Selain itu, lebih separuh bilangan responden adalah bukan warganegara (50.73%). Dapatan berkaitan amalan kebersihan diri menunjukkan 7 item mempunyai peratusan yang agak baik (70.3% – 87.5%) manakala 7 item yang lain mempunyai peratusan kurang baik (26.4% – 68%). Kajian juga menunjukkan terdapat 12 item berkaitan kebersihan kafetaria yang dipatuhi dan 9 item yang tidak dipatuhi daripada 21 item yang dinilai. Ujian statistik menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan (U = 472, p = 0.01) antara pengendali makanan yang warganegara dan bukan warganegara di mana warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang lebih baik berbanding bukan warganegara. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang positif dan signifikan di antara kebersihan diri dan kebersihan kafetaria (χ2 = 6.432, p = 0.011). Walau bagaimanapun, kekuatan hubungannya adalah sederhana (Φ = 0.29). Kesimpulannya, pengendali makanan yang warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang baik dan akan menjana suasana persekitaran kafetaria yang bersih.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan kebersihan diri; kebersihan kafetaria; keselamatan makanan |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 6607 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 24 Oct 2013 07:25 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page