Paras selenium, zink dan kromium dalam kalangan pesawah yang terdedah pestisid di MADA, Perlis dan komuniti nelayan di Mersing, Johor

Ismarulyusda Ishak, and Hidayatulfathi Othman, and Nihayah Mohammad, and Syarif Husin Lubis, and Zariyantey AH, and Nur Zakiah Mohd Saat, and Mohd Jamil Rafaai, and Ahmad Rohi Ghazali, and Asmah Hamid, and Siti Nadia Mohd Izam, and Nooraisyah Mansor, and Marliana Samsir, and Abd Rahim Salleh, and Robiah Lazim, and Nurfariha Firdaus, (2013) Paras selenium, zink dan kromium dalam kalangan pesawah yang terdedah pestisid di MADA, Perlis dan komuniti nelayan di Mersing, Johor. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 9-13. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

349kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Pendedahan terhadap pestisid dapat menyebabkan penurunan paras unsur surih di dalam badan manusia. Unsur surih memainkan peranan penting dalam metabolisma tubuh. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji paras unsur surih selenium, zink dan kromium dalam kalangan pesawah yang terdedah kepada pestisid di Wilayah I, MADA, Perlis. Kajian keratan rentas ini melibatkan 70 orang pesawah dan 57 orang yang tinggal di perkampungan nelayan sebagai kumpulan kawalan yang berumur di antara 21 hingga 80 tahun. Maklumat sosiodemografi pesawah dilakukan melalui temuduga borang soal selidik yang telah divalidasi. Pemeriksaan tekanan darah dan glukosa darah pesawah dilakukan. Paras selenium, zink dan kromium sampel kuku dan rambut dianalisis dengan menggunakan kaedah penghadaman asid dan mesin Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry (ICP-MS). Hasil kajian mendapati bahawa paras selenium pada rambut (5.11 ± 17.05 µg/L) dan kuku (4.92 ± 2.17 µg/L) adalah lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras selenium pada rambut (15.67 ± 10.59 µg/L) dan kuku (6.67 ± 2.81 µg/L) kumpulan kawalan. Paras kromium pada rambut (31.83 ± 15.17 µg/L) dan kuku (87.64 ± 23.30 µg/L) kumpulan pesawah juga didapati lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras kromium pada rambut (85.19 ± 56.90 µg/L) dan kuku (99.36 ± 56.89 µg/L) pada kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan paras unsur surih yang signifikan (p > 0.05) menurut tempoh pendedahan pestisid. Kesimpulannya, paras selenium dan kromium pada kuku dan rambut pesawah yang terdedah kepada pestisid adalah lebih rendah berbanding kumpulan komuniti nelayan.

Item Type:Article
Keywords:Kromium; kuku; pesawah; pestisid; rambut; selenium; zink
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6608
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Oct 2013 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page