Kajian prevalens kandidiasis melalui lumuran pap lazim di Hospital Umum Sarawak, Malaysia

Harold Criso Anak Ajin, and Mohamed Kamel Abd Ghani, and Abdul Hamid Abd Aziz, and Ahmad Zorin Sahalan, and Norazah Ahmad, (2013) Kajian prevalens kandidiasis melalui lumuran pap lazim di Hospital Umum Sarawak, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 15-18. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

355kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan mikroskopik dijalankan ke atas lumuran Pap lazim sejumlah 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelupan Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel-sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan Candida sp. telah dapat dikesan sebanyak 12.7% daripada jumlah spesimen. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan juga pada kesemua golongan umur 20 hingga 59 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya menjalankan ujian penyaringan lumuran Pap bagi mengesan jangkitan kandida di samping sebagai saringan awal pengesanan kanser serviks.

Item Type:Article
Keywords:Kandidiasis; lumuran Pap lazim; umur; etnik
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6609
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Oct 2013 07:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page