Penentuan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan: pengiraan berbanding analisis

Hasnah Haron, and Nik Shanita Safii, and Nurul Hidayah Aminudin, and Khairunizah Hazila Khalid, (2013) Penentuan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan: pengiraan berbanding analisis. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 19-24. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

539kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih seri muka (SM), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana resepinya telah dibentuk secara pengiraan nutrien yang berdasarkan Jadual Komposisi Makanan Malaysia (JKMMM) dengan kaedah analisis secara proksimat. Penentuan kandungan makronutrien secara spesifik ditentukan menggunakan kaedah analisis proksimat manakala penentuan tenaga dan karbohidrat total dijalankan melalui pengiraan. Hasil analisis proksimat menunjukkan W mengandungi karbohidrat total tertinggi (61.5 ± 1.6%) secara signifikan (p < 0.05), berbanding B (39.3 ± 1.5%) dan SM (38.7 ± 1.5%). SM mempunyai kandungan air yang lebih tinggi (46.7 ± 1.6%) secara signifikan (p < 0.05) berbanding B (42.5 ± 6.6 %) dan W (30.2 ± 0.4%). B mengandungi kandungan protein tertinggi (6.1 ± 0.9%) secara signifikan berbanding dengan W (3.0 ± 0.3%). Tiada perbezaan yang signifikan bagi kandungan lemak di antara B (12.8 ± 1.8%), SM (9.9 ± 0.2%) dan W (8.2 ± 2.6%). Jumlah kalori untuk W adalah tertinggi (332 kcal/100g) diikuti oleh B (299 kcal/100g) dan SM (262 kcal/100g). Secara umumnya, nilai kandungan makronutrien dari analisis proksimat adalah lebih rendah berbanding secara pengiraan kandungan makronutrien menggunakan JKMMM. Ini disebabkan pengiraan berdasarkan JKMMM adalah berdasarkan bahan mentah manakala analisis proksimat berdasarkan sampel kuih yang telah disediakan.

Item Type:Article
Keywords:makronutrien; kuih manis tempatan; Jadual Komposisi Makanan Malaysia
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6610
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Oct 2013 07:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page