Rokiah Abu Bakar, and Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Abd Hadi Zakaria, (2013) Kajian rintis pandangan kanak-kanak mengenai strategi pemasaran kempen anti-merokok di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 41-47. ISSN 1675-8161
PDF
Restricted to Repository staff only 526kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/
Abstract
Kajian rintis telah dilakukan di Kuala Lumpur dalam kalangan 30 orang kanak-kanak berumur 10-18 tahun bagi mengumpulkan pandangan mereka mengenai strategi pemasaran kempen anti-merokok. Hasil kajian menunjukkan kempen tersebut kurang berkesan mencegah kanak-kanak daripada merokok.Faktor-faktor yang menyebabkan kempen ini kurang berjaya mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak adalah kanak-kanak tidak merasa takut dengan poster dan gambar penyakit kritikal yang dipaparkan (60%), mereka dengan mudah boleh mendapatkan rokok (66%), serta kekurangan kerjasama semua sektor masyarakat dalam menyokong kempen ini (77%). Strategi pemasaran kempen anti-merokok dari aspek produk, harga, aksesibiliti, promosi, dasar sosial dan perkongsian komuniti perlu diperbaiki dan diberi penekanan seimbang untuk menjamin keberkesanan kempen secara komprehensif
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kempen anti-rokok; model pemasaran sosial; perokok muda |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 6613 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 24 Oct 2013 07:52 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page