Penilaian keberkesanan projek-projek obesiti 2010 yang dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Ruzita Abdul Talib, and Choon Li, Chan and Ismail Mohd Noor, and Thavaraj, S. (2013) Penilaian keberkesanan projek-projek obesiti 2010 yang dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 49-53. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

391kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Prevalens obesiti di Malaysia telah meningkat dengan mendadak sejak dua dekad yang lalu. Oleh itu, usaha untuk menangani masalah ini menjadi semakin penting. Objektif umum kajian hirisan lintang ini adalah untuk menilai keberkesanan projek obesiti yang dijalankan oleh NGOs yang dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Dalam kajian ini, data sekunder dari laporan akhir 22 buah projek obesiti telah dianalisiskan untuk menilai keberkesanannya. Maklumat dalam laporan akhir projek telah dimasukkan ke dalam borang penilaian formatif yang disediakan oleh pihak LPKM. Keberkesanan projek ditentukan melalui tahap pencapaian indikator RE-AIM dengan menggunakan 21 indikator berasaskan Model RE-AIM yang telah disahkan. Projek yang mencapaikan 15 hingga 21 indikator dikirakan mempunyai kualiti tinggi, 8 hingga 14 indikator dikirakan kualiti sederhana dan 0 hingga 7 indikator dikategorikan sebagai kualiti rendah. Dengan menggunakan ujian Cohen’s Kappa untuk menilai reliabiliti antara penyelidik terhadap 21 indikator RE-AIM, didapati bahawa terdapat persetujuan yang tinggi antara 2 penyelidik (k = 0.868). Daripada 22 buah projek obesiti yang dikaji, tiada projek yang mempunyai kualiti tinggi, 21 projek didapati mempunyai kualiti yang sederhana dan 1 projek mempunyai kualiti yang rendah. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap peratusan pencapaian indikator RE-AIM antara tempoh projek menurut ujian T tidak berpasangan (P > 0.05). Berdasarkan kepada saringan kesihatan yang dijalankan terhadap 1982 orang peserta, 333 (16.8%) orang didapati mempunyai masalah berlebihan berat badan dan 354 (17.9%) orang adalah obes. Kesimpulannya, majoriti projek telah dilaksanakan dengan berjaya. Namun, kajian lanjut disarankan untuk memantau perubahan gaya hidup yang mungkin dapat mengurangkan prevalens obesiti di komuniti di mana projek telah dijalankan.

Item Type:Article
Keywords:obesiti; model RE-AIM; indikator RE-AIM
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6614
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Oct 2013 07:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page