Pembentukan dan penilaian bahan pendidikan bercetak bertajuk “Panduan Penyusuan Susu Ibu: fakta vs mitos”

Sameeha Mohd Jamil, and Chi Yee, Ngew (2013) Pembentukan dan penilaian bahan pendidikan bercetak bertajuk “Panduan Penyusuan Susu Ibu: fakta vs mitos”. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11 (1). pp. 55-61. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

434kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/

Abstract

Kepercayaan ibu terhadap mitos atau tanggapan salah tentang penyusuan susu ibu didapati mempengaruhi penerimaan mereka untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membentuk satu bahan pendidikan dalam bentuk risalah yang bertajuk “Panduan penyusuan susu ibu: Fakta vs mitos”. Kajian ini melibatkan tiga fasa; fasa I ialah tinjauan dan penilaian keperluan penyusuan susu ibu; fasa II ialah pembentukan bahan pendidikan bercetak dan fasa III ialah evaluasi proses bahan pendidikan bahan bercetak terhadap 41 orang ibu mengandung yang berbangsa Melayu. Seramai 41 orang subjek terlibat dalam fasa III melalui pengiraan saiz sampel kajian dengan program G*Power digunakan dan power kajian ialah 0.8. Dalam fasa III, borang soal selidik pengetahuan pra ujian telah diberikan kepada subjek untuk menilai tahap pengetahuan mereka mengenai penyusuan susu ibu dan borang tersebut dikumpulkan dengan serta-merta selepas dilengkapi. Subjek tersebut diberi masa seminggu untuk membaca dan memahami risalah yang disediakan dan seterusnya menjawab borang soal selidik pengetahuan pos ujian beserta dengan borang penilaian risalah. Dalam fasa III, kajian mendapati kesemua subjek (100.0%) memahami isi kandungan risalah. Manakala 95.1% (n = 39) subjek berpendapat gambar adalah penting untuk menjadikan bahan pendidikan bercetak lebih menarik dan sebanyak 75.6% (n = 31) subjek menyatakan bahawa gambar yang disertakan dalam risalah yang diberi adalah menarik. Majoriti subjek (97.0%) mempunyai keinginan untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif selepas membaca risalah yang diberi. Didapati bahawa min peratus skor pengetahuan subjek kajian meningkat secara signifikan (p < 0.001) daripada 83.1 ± 13.1% semasa pra ujian kepada 94.3 ± 6.7% semasa pos ujian dengan t=5.58 dan saiz kesan yang besar, d = 1.13. Secara kesimpulannya, keputusan menunjukkan bahan pendidikan bercetak yang telah dibentuk mendapat respon penilaian positif dan berkesan dalam meningkatkan tahap pengetahuan ibu mengandung mengenai penyusuan susu ibu. Sehubungan dengan ini, risalah yang dibentuk boleh digunakan sebagai alat pengajaran semasa mendidik ibu mengandung mengenai penyusuan susu ibu.

Item Type:Article
Keywords:Bahan pendidikan bercetak; penyusuan susu ibu; mitos
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:6615
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:24 Oct 2013 07:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page