Penghasilan estolida berasaskan asid risinoleik-oleik menggunakan mangkin asid polihetero

Nor Asikin Mohamad Nordin, and Ainol Hayah Ahmad Nadzri, and Nadia Farhana, and Jumat Salimon, and Mohd Ambar Yarmo, (2013) Penghasilan estolida berasaskan asid risinoleik-oleik menggunakan mangkin asid polihetero. Sains Malaysiana, 42 (11). pp. 1655-1661. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
255kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian mengenai penghasilan estolida berasaskan kepada asid risinoleik dan asid oleik telah dilakukan. Asid polihetero, asid 12-fosfotungstik dan asid silikotungstik telah digunakan sebagai mangkin dan tindak balas dilakukan pada suhu 60 atau 90ºC, selama 10 atau 24 jam. Nisbah mol antara asid risinoleik dan asid oleik ialah 2:1 dan peratus berat mangkin terhadap reaktan adalah 5%. Spektrum FTIR produk estolida telah dibandingkan dengan produk tindak balas yang menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Pembentukan estolida ditunjukkan dengan kehadiran tiga puncak baru pada 1733 cm-1 untuk kumpulan berfungsi C=O ester, 967 cm-1 untuk -CH=CH- trans dan 1177 cm-1 untuk C-O-C. Spektrum FTIR yang serupa juga telah diperoleh untuk produk menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Analisis LC-MS menunjukkan terbentuk tiga puncak baru monoestolida pada masa penahanan (Rt) 8.6 (m/z 577), 10.2 (m/z 559) dan 12.1 minit (m/z 561). Hasil kajian menunjukkan tindak balas kondensasi antara oleik-risinoleik dengan menggunakan asid perklorik, pepejal asid silikotungstik dan asid fosfotungstik sebagai mangkin berjaya menghasilkan estolida masing-masing dengan peratus hasil 70.2, 70.0 dan 60.8%.

Item Type:Article
Keywords:Asid oleic; asid risinoleik; estolida; tindak balas kondensasi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6632
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2013 08:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page