Perubahan sosial, kesihatan dan kualiti hidup di wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat

Aishah @ Eshah Haji Mohamed, (2013) Perubahan sosial, kesihatan dan kualiti hidup di wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat. AKADEMIKA, 83 (1). pp. 11-24. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
398kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika

Abstract

Kualiti hidup penduduk pinggir bandar kian terjejas, terpancar daripada penurunan tahap kesihatan emosi dan sosial, fizikal, intelektual dan spiritual. Artikel ini mempunyai dua tujuan utama, iaitu mengenal pasti perubahan sosial yang berlaku di wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMLKL) dan menganalisis kesan perubahan tersebut ke atas kesihatan dan seterusnya kualiti hidup penduduknya. Data perbincangan ini diasaskan kepada survei dan temu bual mendalam yang dilakukan dalam tahun 2008 sehingga 2009 di tiga daerah di Selangor, iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang. Survei dilakukan ke atas 201 orang responden, manakala temu bual mendalam dilakukan dengan 30 orang informan utama yang mempunyai pengetahuan luas tentang ketiga-tiga daerah tersebut. Didapati majoriti responden takut dengan kemasukan warga asing, iaitu takut peluang pekerjaan diambil oleh mereka, kestabilan tempat tinggal tergugat, kos hidup meningkat dan peningkatan dalam kejadian jenayah. Pegangan agama dan nilai moral walaupun masih utuh namun dalam kalangan golongan muda agak menurun. Penurunan nilai moral dan agama ini tergambar melalui peningkatan dalam gejala sosial, hubungan bebas antara remaja lelaki dan wanita, pembuangan bayi, anak kurang menghormati ibu bapa dan golongan muda lebih suka kepada hiburan dan kurang minat dengan hal-hal agama. Persekitaran fizikal mereka mula tercemar ekoran daripada pembuangan sisa kilang, najis ternakan dan longgokan bahan buangan. Penyakit infeksi yang dahulunya sudah dapat dikawal muncul kembali dalam bentuk baru. Manakala penyakit tamadun dan kemalangan di tempat kerja dan jalan raya pula meningkat dengan hebat sekali.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti hidup; kesihatan; modenisasi; perubahan dan peranan sosial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6636
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Oct 2013 02:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page