Keberkesanan program bandar selamat: persepsi komuniti di Bandar Kulaijaya, Malaysia

Mohd Fareed, and Mohd Yusof Hussain, (2013) Keberkesanan program bandar selamat: persepsi komuniti di Bandar Kulaijaya, Malaysia. AKADEMIKA, 83 (1). pp. 25-34. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
285kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika

Abstract

Program Bandar Selamat merupakan pendekatan yang digunakan di kebanyakan bandar di Malaysia bagi mengatasi masalah peningkatan jenayah di kawasan bandar. Program Bandar Selamat memberi tumpuan kepada pelaksanaan 15 langkah pencegahan jenayah melalui tiga strategi utama iaitu strategi mereka bentuk persekitaran fizikal, strategi memperkasakan kawasan sasaran serta strategi pengurusan, penyertaan komuniti dan kesedaran awam. Bandar Kulaijaya iaitu di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) turut melaksanakan program ini sejak tahun 2004. Pelaksanaan Program Bandar Selamat ini seharusnya memberi kelegaan kepada semua pihak terutamanya kepada komuniti bandar rentetan usaha MPKu dalam mencegah kegiatan jenayah. Namun, perangkaan jenayah indeks yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2005 hingga 2009, menunjukkan kadar jenayah di Kulaijaya adalah pada tahap yang membimbangkan. Persoalan yang ingin dirungkaikan adalah sejauh manakah 15 langkah pencegahan jenayah Program Bandar Selamat berkesan dalam mengurangkan masalah jenayah di bandar ini? Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan Program Bandar Selamat yang dijalankan di bandar Kulaijaya. Penilaian terhadap keberkesanan Program Bandar Selamat adalah berdasarkan kepada persepsi komuniti Kulaijaya. Instrumen borang kaji selidik digunakan bagi mendapatkan persepsi komuniti terhadap keberkesanan program tersebut dengan melibatkan 278 edaran borang kaji selidik. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa langkah pencegahan jenayah Program Bandar Selamat yang tidak berkesan dalam mengurangi masalah jenayah di Kulaijaya. Masalah serius yang dapat dikesan dan diperoleh secara tidak langsung daripada kajian ini adalah berkenaan lambakan pusat perjudian yang beroperasi secara terbuka di kebanyakan pusat membeli-belah di bandar ini.

Item Type:Article
Keywords:Program bandar selamat; pencegahan jenayah; komuniti; bandar; persepsi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6637
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Oct 2013 02:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page