Topophobia wanita dan persekitaran bandar: satu pendekatan reruang

Zuriatunfadzliah Sahdan, and Noraziah Ali, and Shaharudin Idrus, (2013) Topophobia wanita dan persekitaran bandar: satu pendekatan reruang. AKADEMIKA, 83 (1). pp. 35-43. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
762kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika

Abstract

Persekitaran bandar yang tidak selamat mewujudkan perasaan takut manusia terhadap tempat atau topophobia. Topophobia wanita dibina sebahagiannya secara prejudis yang dicerminkan melalui pola pergerakan mereka di dalam ruang. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti lokasi dan sifat ruang topophobia wanita di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Seramai 391 orang wanita yang tinggal di kawasan kajian telah dipilih menjadi sampel kajian. Data sifat ruang dan lokasi topophobia diperoleh menerusi kaji selidik di lapangan menggunakan borang soal selidik dan berdasarkan titik yang ditandakan oleh responden pada peta dasar Pantai Dalam. Penganalisisan data lokasi topophobia dilaksanakan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) manakala sifat ruang topophobia menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (ujian khi kuasa dua). Hasil kajian menunjukkan sifat ruang topophobia yang paling ditakuti ialah berkeadaan sunyi atau lengang (82.1%). Peratusan ini mengatasi ciri-ciri ruang topophobia yang lain seperti jalan/lorong (68.5%), ruang terpencil dan jarang dilalui orang (58.8%) dan ruang yang diisi oleh penagih dadah berkeliaran (41.9%). Persepsi kebanyakan responden terhadap tahap keselamatan menunjukkan Pantai Dalam kurang selamat (54%). Ujian khi kuasa dua mendapati bahawa terdapat perhubungan antara persepsi tahap keselamatan dengan pilihan untuk tinggal di kawasan ini. Kajian ini memberi gambaran khusus tentang keterancaman wanita dalam persekitaran fizikal dan sosial di Pantai Dalam. Justeru, pihak berkuasa wajar merancang dan membangunkan semula Pantai Dalam ke arah bandar selamat dan berdaya huni.

Item Type:Article
Keywords:Topophobia; persekitaran bandar; wanita; selamat dan berdaya huni; sistem maklumat geografi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6638
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Oct 2013 02:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page