Impak pembangunan industri petroleum terhadap kesejahteraan hidup penduduk setempat di Paka, Terengganu

Er, A.C. and Siti, Syahidah and Habibah, S.A. and Hamzah, J. (2013) Impak pembangunan industri petroleum terhadap kesejahteraan hidup penduduk setempat di Paka, Terengganu. AKADEMIKA, 83 (1). pp. 57-64. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
285kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika

Abstract

Industri minyak dan gas telah menjadi pemangkin kepada proses perubahan dan pembangunan di kawasan Paka, Kertih dan Kemaman yang secara langsung mempengaruhi kesejahteraan komuniti tempatan. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti impak industri petroleum ke atas komuniti tempatan di Paka, Terengganu dalam tiga aspek utama, iaitu ekonomi, alam sekitar dan sosial. Kajian mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara peranan kerajaan dan pembangunan infrastruktur dalam meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti tempatan. Hubungan yang signifikan antara komuniti dan pembangunan infrastruktur di Paka telah membuka ruang kepada masyarakat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, hubungan songsang antara keprihatinan pihak industri dan masalah alam sekitar tidak menghalang pihak industri melakukan pelbagai tanggungjawab sosial seperti memberi bantuan kepada nelayan, program penanaman semula hutan bakau dan sebagainya telah membantu mengurangkan masalah alam sekitar. Dalam konteks ini, hubungan yang signifikan antara pembangunan dan impak negatif, mempengaruhi tahap kesejahteraan komuniti. Justeru, pihak-pihak berkepentingan sewajarnya mengambil daya usaha untuk menangani impak-impak negatif ini ke arah melahirkan satu bentuk pembangunan yang bersifat lestari.

Item Type:Article
Keywords:Impak pembangunan; komuniti setempat; pihak berkepentingan; pembangunan lestari; industri minyak dan gas
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6640
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Oct 2013 03:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page