Kualiti dan prestasi kerja graduan Kolej Komuniti: penilaian oleh majikan bandar

Abd. Hair Awang, and Izzurazlia Ibrahim, and Mohd Yusof Hussain, and Zaimah Ramli, and Novel Lyndon, (2013) Kualiti dan prestasi kerja graduan Kolej Komuniti: penilaian oleh majikan bandar. AKADEMIKA, 83 (1). pp. 65-76. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
347kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika

Abstract

Institusi pendidikan tinggi seharusnya mampu melahirkan graduan yang mantap pengkhususan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap selari dengan hasrat pembangunan modal insan negara. Peningkatan kualiti berterusan pendidikan tinggi amat penting untuk memenuhi permintaan pasaran buruh semasa dan masa hadapan. Sehubungan itu, Kolej komuniti menawarkan kursus yang relevan dengan keperluan industri. Justeru itu, objektif artikel ini menilai kualiti dan prestasi kerja lulusan kolej komuniti yang berada di pasaran buruh. Sebanyak 140 majikan menilai lulusan kolej komuniti yang berkhidmat di syarikat mereka menerusi borang kaji selidik. Kajian mendapati majoriti majikan memberikan nilai baik dalam aspek pengkhususan, komunikasi dan interpersonal, teknologi maklumat, etika dan nilai. Namun, majikan memberikan nilai sederhana aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan, perancangan kerja, kemahiran berfikir, inovasi dan kefasihan berbahasa Inggeris. Hasil kajian juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara kualiti graduan dengan prestasi kerja subjektif bagi lepasan kolej komuniti. Namun demikian tidak terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan antara kualiti graduan dengan produktiviti (gaji) kecuali bagi kelayakan akademik dan tempoh perkhidmatan.

Item Type:Article
Keywords:Kolej komuniti; kualiti pekerja; prestasi kerja; produktiviti; graduan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6641
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Oct 2013 03:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page