Reka bentuk antara muka hipermedia adaptif perpustakaan digital kanak-kanak

Nurul Nadia Ab Rahaman, and Tengku Siti Meriam Tengku Wook, and Noraidah Sahari@Ashaari, (2013) Reka bentuk antara muka hipermedia adaptif perpustakaan digital kanak-kanak. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 2 (2). ISSN 2289-2192

Full text not available from this repository.

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/index

Abstract

Perpustakaan digital untuk kanak-kanak telah berkembang pesat di luar negara, contohnya International Children Digital Library (ICDL) yang telah diperkenal pada tahun 2002. Di Malaysia, perpustakaan digital untuk kanak-kanak masih belum dibangunkan secara khusus. Kajian ini membangunkan reka bentuk antara muka perpustakaan digital kanak-kanak dalam konteks pengguna di Malaysia menggunakan kaedah reka bentuk partisipatori. Reka bentuk antara muka yang dihasil adalah berdasar prinsip reka bentuk web untuk kanak-kanak dan kajian lepas terhadap elemen adaptif. Reka bentuk adaptif hipermedia diguna kerana berupaya menerangkan fungsi, corak penggunaan dan kebolehan yang bersesuaian dengan kemampuan pengguna secara individual dengan berkesan. Hasil reka bentuk antara muka telah diuji oleh 10 orang kanak-kanak untuk mendapat maklum balas. Setelah analisis pengujian dijalankan, kajian ini mendapati fitur fungsi dan reka letak yang adaptif perlu ditambah baik bagi menyesuaikan dengan reka bentuk antara muka perpustakaan digital yang diguna oleh kanak-kanak di Malaysia. Setelah pembangunan semula reka bentuk mengikut pandangan kanak-kanak, pengujian akhir reka bentuk dilakukan oleh 20 orang responden bagi mengesahkan elemen adaptif. Hasil analisis pengujian akhir dan kajian lepas mendapati reka bentuk antara muka adaptif adalah kecenderungan dan minat kanak-kanak terhadap perpustakaan digital yang dibangunkan.

Item Type:Article
Keywords:Reka bentuk partisipatori; antara muka hipermedia adaptif; reka bentuk antara muka pengguna; reka bentuk antara muka kanak-kanak.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:6643
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2013 07:54
Last Modified:08 Nov 2013 01:30

Repository Staff Only: item control page