Penyediaan fasiliti di terminal jeti ke Pulau Langkawi: suatu penilaian terhadap tahap kepuasan pelancong

Shardy Abdullah, and Aleff Omar Shah Nordin, and Mastura Jaafar, and Arman Abdul Razak, and Azizan Marzuki, (2013) Penyediaan fasiliti di terminal jeti ke Pulau Langkawi: suatu penilaian terhadap tahap kepuasan pelancong. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (4). pp. 15-23. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
79kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Daya tarikan sesuatu pusat pelancongan dan kepuasan pelancong dalam banyak perkara bergantung kepada tahap penyediaan fasiliti sokongan. Dalam kes pelancongan Pulau Langkawi, penyediaan kemudahan sokongan di jeti terminal adalah penting kepada para pelancong yang menggunakan jalan laut. Tujuan utama artikel ini untuk menilai tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan di tiga terminal jeti penumpang ke Pulau Langkawi, iaitu di Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang. Pengedaran borang soal selidik telah dilakukan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Data yang diperolehi kemudiannya telah dianalisis dan hasilnya menunjukkan bahawa secara amnya tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan di terminal jeti ke Pulau Langkawi masih pada tahap yang kurang memuaskan. Bagaimanapun, tahap penyediaan fasiliti di terminal jeti tersebut tidak mempengaruhi pembuatan keputusan untuk berulang kali mengunjungi Pulau Langkawi. Walaupun penyediaan fasiliti bukanlah alasan utama untuk pelancong berulang kali melawat Pulau Langkawi, namun usaha patut dilakukan untuk meningkatkan tahap penyediaan kemudahan awam di jeti terminal berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:fasiliti; kunjungan ulangan; penilaian; Pulau Langkawi; tahap kepuasan pelancong; terminal jeti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6649
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2013 00:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page