Memupuk perpaduan di Malaysia - santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri

Zulkifley Hamid, and Naidatul Zamrizam Abu, (2013) Memupuk perpaduan di Malaysia - santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (4). pp. 86-98. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneroka aspek penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Walaupun kata ganti nama telah diajar secara formal di sekolah, namun masih terdapat masalah dalam penggunaan kata ganti nama dari perspektif kesantunan berbahasa. Penyelidik telah menjalankan kajian kes di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru, dan seramai 72 orang murid telah dipilih secara rawak sebagai responden. Skala Kesantunan Leech menjadi kerangka teori bagi kajian ini. Kaedah temu bual dan soal selidik berbentuk Tugas Penyempurnaan Wacana digunakan untuk memperoleh data. Data dianalisis menggunakan SPSS for Windows dari segi frekuensi dan ditentukan peratusannya. Hasil kajian mendapati bahawa murid-murid Melayu menggunakan pelbagai kata ganti nama dalam perbualan. Kata ganti nama ‘aku – kau’ dan ‘saya – awak’ paling kerap diguna oleh murid Melayu berbanding murid bukan Melayu yang lebih selesa menggunakan ‘saya – kamu’. Masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu dalam situasi berbeza. Murid Melayu kerap menggunakan kata ganti nama ‘dia orang’, ‘kita orang’ dan ‘kau orang’ dalam perbualan yang menjejaskan kualiti dalam penulisan sedangkan murid bukan Melayu menggunakan kata ganti nama yang betul iaitu ‘mereka’, ‘kami’ dan ‘kamu semua’. Bagi murid bukan Melayu pula, masih ada lagi yang meng‘kamu’kan atau meng‘awak’kan guru mereka sewaktu berinteraksi walaupun telah mendapat pendidikan dalam aspek kata ganti nama di sekolah, walhal penggunaan kata gelaran ‘cikgu’ paling santun berbanding memanggil ‘kamu’ kepada guru. Hal ini bertepatan dengan Skala Kesantunan Leech yang menyatakan bahawa semakin jauh jarak sosial atau semakin tinggi jarak status, semakin santunlah ujaran yang perlu digunakan. Implikasi daripada kegagalan menggunakan kata ganti nama yang tepat boleh menggugat keharmonian dalam hubungan antara etnik. Justeru, pembelajaran kata ganti nama tidak harus dilihat sebagai penguasaan dalam aspek nahu sahaja, tetapi penegasan juga perlu diberikan dalam fungsi kata ganti nama sebagai ujaran beradab dalam kesantunan berbahasa.

Item Type:Article
Keywords:etnik; kata ganti nama diri; kesantunan; perpaduan; santun bahasa; tugas penyempurnaan wacana
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6656
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2013 03:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page