Basri Rashid, (2013) Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (4). pp. 118-127. ISSN 2180-2491
|
PDF
238kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Adalah menjadi kebiasaan kepada pelancong untuk menilai pengalaman lawatan mereka apabila pulang dari sesebuah destinasi. Pengalaman pelancong dipercayai berkait dengan hasil interaksi mereka dengan prasarana di destinasi yang kemudiannya boleh memberi kesan kepada emosi dan seterusnya mempengaruhi kepuasan lawatan. Artikel ini membincangkan proses penilaian pengalaman lawatan pelancong dengan meninjau pesepsi mereka terhadap prestasi elemen destinasi yang dilawati serta peranan emosi terhadap kepuasan lawatan. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang kaji selidik di dua destinasi popular di Utara Malaysia, iaitu Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Hasil analisis mendapati beberapa prasarana di destinasi memberi kesan kepada emosi pelancong dan seterusnya mempengaruhi kepuasan lawatan. Hasil penelitian ini bermanfaat kepada banyak pihak berkepentingan terutamanya organisasi perniagaan berkaitan pelancongan dan hospitaliti dan juga kepada masyarkat dan pertubuhan setempat bagi mempertingkatkan prestasi elemen-elemen di destinasi berkenaan dan mengkayakan pengalaman percutian pelancong.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | destinasi; emosi; hasil lawatan; kepuasan lawatan; pelancong; prasarana pelancongan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 6659 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Nov 2013 07:29 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page