Menangani masalah banjir di daerah Padang Terap, Kedah: analisis persepsi dan tindakan pemimpin masyarakat tempatan

Mohd Zulhafiz Said, and Salfarina Abdul Gapor, and Abd Malik Abd Aziz, (2013) Menangani masalah banjir di daerah Padang Terap, Kedah: analisis persepsi dan tindakan pemimpin masyarakat tempatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (4). pp. 142-149. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
245kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Banjir merupakan salah satu kesan daripada perubahan iklim yang berlaku di kebanyakan negara seperti Thailand, Indonesia, China, Myanmar dan termasuklah Malaysia. Banjir di Malaysia khususnya Kedah adalah disebabkan oleh hujan yang lebat dan berpanjangan, pembangunan yang tidak terkawal dan, sistem saliran yang tidak diselia dan tersumbat. Natijahnya, Individu yang lemah dan tidak bersedia merupakan individu paling menderita akibat banjir. Dari konteks adaptasi atau pengurusan risiko pula, individu atau golongan yang ‘lemah’ akan ditukar kepada yang ‘lebih kuat’ manakala yang ‘kurang bersedia’ akan dipersiapsiagakan kepada yang ‘lebih bersedia’ dalam menghadapi bencana banjir. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis persepsi dari pihak pemimpin masyarakat tempatan sebagai entiti yang menguruskan banjir serta adaptasi-adaptasi yang diamalkan apabila berlakunya banjir. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) terhadap terhadap 32 orang responden daripada kalangan pemimpin masyarakat tempatan di daerah Padang Terap. Dapatan menunjukan bahawa masalah ditimbulkan oleh mangsa banjir dan sesetengah badan pelaksana yang mana menyulitkan proses pengurusan banjir dan juga berlaku kekurangan di pusat-pusat penempatan khas yang dibuka ketika banjir berlaku.

Item Type:Article
Keywords:adaptasi banjir; banjir; Padang Terap; pemimpin masyarakat tempatan; pengurusan banjir; persepsi.
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6661
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2013 07:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page