Persempadanan semula dan gerimander dalam pilihan raya: satu pengukuran menggunakan sistem maklmat geografi di DUN Kedah

Rosmadi Fauzi, and Mohammad Redzuan Othman, and Amer Saifude Ghazali, and Zulkanain Abdul Rahman, and Muhamad Hafiz Abdul Halim, (2013) Persempadanan semula dan gerimander dalam pilihan raya: satu pengukuran menggunakan sistem maklmat geografi di DUN Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (4). pp. 150-161. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
429kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Perkembangan sistem maklumat geografi (GIS) mutakhir ini, secara tidak langsung telah meningkatkan penggunaan teknik tersebut dalam proses pilihan raya. Aplikasi ini berupaya mengesan, misalnya elemen kejanggalan dalam bentuk gerimander dalam proses persempadanan semula konstituensi. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada gerimander berlaku atau tidak di Malaysia dengan rujukan khas kepada negeri Kedah. Analisis geospatial dalam sistem maklumat geografi telah digunakan untuk mengukur indeks kepadatan DUN yang dikaitkan dengan kesan gerimander. Hasil kajian menunjukkan 16 DUN di Kedah telah berlaku gerimander dengan bacaan indeks kepadatan yang rendah, iaitu antara 0.1 sehingga 0.5. Ini membuktikan bahawa telah berlaku gerimander dalam proses pilihan raya di Malaysia. Gerimander boleh memberi impak negatif dalam proses pilihan raya negara. Oleh sebab itu, dalam proses persempadanan semula kesan gerimander wajar diambil kira oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya supaya perjalanan pilihan raya lebih telus dan demokratik.

Item Type:Article
Keywords:gerimander; indeks kepadatan; pemilih; persempadanan semula; pilihan raya; sistem maklumat geografi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6662
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2013 07:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page