Halim, A.A. and Mohd Firhad Ahmad, (2013) Isoterma dan kinetik penjerapan boron oleh batu kapur sebagai penjerap berkos rendah. Sains Malaysiana, 42 (12). pp. 1689-1696. ISSN 0126-6039
|
PDF
396kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan isoterma dan kinetik penjerapan bahan pencemar boron daripada air sisa sintetik menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap berkos rendah. Penjerapan boron berlaku secara optimum pada julat pH6-8, masa sentuhan pada 90 min dan dos batu kapur 240 g/L yang penyingkirannya mencapai 40%. Isoterma penjerapan lebih diwakili oleh model Freundlich (R2 = 0.91) berbanding model Langmuir (R2 = 0.78) yang menunjukkan penjerapan secara multilapisan adalah dominan. Kajian kinetik penjerapan menunjukkan penjerapan boron ke atas batu kapur mematuhi dengan baik model penjerapan pseudo-tertib pertama (R2 = 0.93), pseudo-tertib kedua (R2 = 0.987), Elovich (R2 = 0.931) dan Intrapartikel (R2 = 0.960). Mekanisme penjerapan secara kimia adalah dominan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi bagi model pseudo-tertib kedua.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Batu kapur; penjerapan; penyingkiran boron |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 6677 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Dec 2013 01:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:41 |
Repository Staff Only: item control page