Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan menggunakan teknologi mikroaturan DNA

Sawei, Jelin and Norrakiah Abdullah Sani, and Aminah Abdullah, and Sahilah Abd. Mutalib, (2013) Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan menggunakan teknologi mikroaturan DNA. Sains Malaysiana, 42 (12). pp. 1715-1720. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengesahkan kemampuan teknologi DNA mikroaturan cip gen OliproTM FoodPATH bagi mengesan bakteria patogen makanan. Sebanyak 9 jenis DNA bakteria patogen makanan telah digunakan iaitu Bacillus cereus, Escherichia coli O157:H7, Staphylococcus aureus, Vibrio cholerae, Vibrio parahaemolyticus, Listeria monocytogenes, Salmonella spp., Shigella spp. dan Campylobacter spp. Sebanyak 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah digunakan. Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan dilakukan dengan menggunakan kaedah reaksi berantai polimerase (PCR) dan penghibridan Southern-blotting di atas cip gen untuk mengesahkan kemampuannya. Keputusan daripada analisis hibridasi di atas cip gen telah dibandingkan dengan hasil gel elektroforesis 2.0% (w/v). Lima saringan diperlukan untuk menghabiskan 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan. Setiap saringan, satu cip gen telah digunakan sebagai kawalan negatif tidak diinokulasikan dengan sebarang kombinasi DNA bakteria patogen makanan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa semua kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah dapat dikesan. Cip yang digunakan sebagai kawalan negatif tidak menunjukkan kehadiran DNA. Oleh itu, daripada kajian ini cip gen OliproTM FoodPATH didapati memberikan keputusan yang lebih baik berbanding dengan 2.0% (w/v) gel elektroforesis.

Item Type:Article
Keywords:Bakteria patogen makanan; cip gen OliproTM FoodPATH; mikroaturan DNA
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6680
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Dec 2013 01:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page