Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian, and Hasmah Ismail, (2013) Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2). pp. 49-63. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

301kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan. Di samping itu, persepsi guru terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.Kajian ini dijalankan terhadap 92 guru Bahasa Melayu di lapan buah sekolah di Zon Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.Kajian ini dijalankan secara deskriptif dan menggunakan soal selidik.Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bersikap positif dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.Mereka juga mengakui bahawa penggunaan multimedia dapat mewujudkan pembelajaran menyeronokkan. Namun begitu, guru-guru Bahasa Melayu masih kurang menggunakan bahan bantu mengajar. Hal ini demikian kerana mereka masih cenderung untuk menggunakan teknik pengajaran berasaskan bakat semula jadi guru atau murid berbanding penggunaan bahan bercetak, alat pandang dengar dan perisian multimedia untuk mewujudkan amalan pembelajaran menyeronokkan.

Item Type:Article
Keywords:Pelaksanaan; pembelajaran menyeronokkan; pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:6749
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Dec 2013 03:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page