Pelaksanaan aktiviti komunikatif dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah:satu kajian kes

Abdull Sukor Shaari, and Azliza Din, (2013) Pelaksanaan aktiviti komunikatif dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah:satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2). pp. 64-78. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

324kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan aktiviti komunikatif dalam proses pengajaran mereka. Reka bentuk kajian ini ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian yang terlibat ialah tiga guru dan 25 orang murid tahun lima daripada sebuah sekolah kebangsaan di Terengganu. Data telah diperoleh secara intensif melalui pemerhatian dan temu bual. Kesemua data yang telah dikutip telah dianalisis semasa dan selepas pengutipan data secara induktif.Dapatan kajian telah mengenal pasti tujuh kriteria yang digunakan oleh guru dalam aktiviti komunikatif semasa pengajaran bahasa Melayu. Kriteria ini adalah pengubahsuaian terhadap kontinum aktiviti komunikatif yang telah diperkenalkan Hamer dan prinsip aktiviti komunikatif Johnson. Tujuh kriteria berdasarkan kesesuaian dalam pengajaran bahasa Melayu ialah hasrat komunikasi, tujuan komunikasi, kandungan bukan struktur, kepelbagaian struktur bahasa, tiada campur tangan guru, tiada pengawalan bahan dan cantuman benda terpisah (jigsaw).Dapatan kajian ini memberikan implikasi terhadap pedagogi mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan pelaksanaan kemahiran mendengar dan bertutur murid sekolah rendah.

Item Type:Article
Keywords:bahasa Melayu; aktiviti komunikatif; kaedah kualitatif
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:6750
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Dec 2013 03:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page