Azyyati Mohd Nazim, and Fariza Md. Sham, and Salasiah Hanim Hamjah, (2012) Khidmat sosial wanita pada zaman Rasulullah SAW. Al-Hikmah, 4 . pp. 37-49. ISSN 1985--6822
PDF
Restricted to Repository staff only 346kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index
Abstract
Pada masa kini, penglibatan golongan wanita dalam masyarakat semakin maju dan terserlah dalam pelbagai aspek kehidupan dan dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa zaman moden. Walaupun banyak lakaran tentang jasa dan sumbangan wanita telah dibukukan, namun masih ada dalam golongan wanita tidak menjadikan dinamika khidmat sosial tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman Rasulullah s.aw sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan.Khidmat sosial wanita pada zaman Rasulullah SAW merujuk kepada hubungannya dengan penjagaan komuniti sebagai contoh praktikal amalan kebajikan, kebaikan dan perkara makruf berdasarkan keperluan kumpulan komuniti dalam masyarakat. Ummahāt al-Mukminin dan para sahabat wanita merupakan contoh teladan yang terbaik untuk dijadikan inspirasi dan amalan kehidupan yang mulia dengan melakukan amal sambil berdakwah. Hasil kajian mendapati pada zaman Rasulullah SAW, setiap ahli masyarakat bergerak bebas dan berinteraksi di antara satu sama lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan dakwah, penternakan, pertanian, perniagaan, pengurusan, perawatan dan pendandan majlis hiburan untuk mencari jaminan rezeki yang halal. Malah setiap para sahabat wanita yang bekerja adalah untuk berkhidmat kepada kaumnya dan juga kepada ahli keluarga daripada kalangan ummahāt al-mukminin. Ini menggambarkan kepentingan kegiatan wanita dan peranannya yang bermanfaat dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab kepada masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Khidmat Sosial; Wanita; Zaman Rasulullah SAW |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 6755 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 30 Dec 2013 03:16 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page