Salasiah Hanin Hamjah, and Adawiyah Ismail, (2012) Kaedah mengatasi tekanan dalam kalangan wanita bekerjaya dari perspektif al-Ghazali. Al-Hikmah, 4 . pp. 64-75. ISSN 1985--6822
PDF
Restricted to Repository staff only 337kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index
Abstract
Tekanan adalah merupakan fenomena emosi yang sering berlaku dalam kalangan wanita bekerjaya pada masa kini. Ini berlaku disebabkan wanita bekerjaya memikul tanggungjawab yang besar. Wanita bekerjaya bukan sahaja berperanan sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mempunyai tanggungjawab terhadap kerjaya dan kehidupan sosial. Tekanan yang dihadapi biarpun kecil atau besar perlu diatasi dengan berkesan supaya tidak menjejaskan kesejahteraan jiwa dan keharmonian hidup. Justeru itu, artikel ini ditulis bagi membincangkan mengenai pengertian dan faktor tekanan menurut al-Ghazali sebagai salah seorang tokoh ulama Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang kerohanian. Artikel ini juga membincangkan tentang kaedah yang dicadangkan oleh al-Ghazali bagi mengatasi tekanan. Hasil kajian mendapati antara kaedah al-Ghazali bagi mengatasi tekanan adalah menerusi mujahadah melawan nafsu, menyedari kehidupan di dunia ini adalah sementara, mengingati mati, memperbanyakkan zikir dan melihat individu yang lebih rendah dalam hal-hal yang berkaitan urusan dunia supaya dapat mensyukuri nikmat Allah dan sebagainya. Kaedah-kaedah tersebut adalah amat bermanfaat kepada wanita bekerjaya pada hari ini agar dapat mengatasi tekanan dengan bijaksana dan mampu menjalani kehidupan seharian sebagai isteri, ibu dan pekerja yang berjaya di dunia dan akhirat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | tekanan; wanita bekerjaya; al-Ghazali; mujahadah |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 6757 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 30 Dec 2013 03:32 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:42 |
Repository Staff Only: item control page