Persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim terhadap dialog agama: kajian di Kuala Lumpur

Mustafa Kamal Amat Misra, and Jaffary Awang, (2012) Persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim terhadap dialog agama: kajian di Kuala Lumpur. Al-Hikmah, 4 . pp. 131-147. ISSN 1985--6822

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

353kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Kajian ini berkenaan persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim di Kuala Lumpur terhadap dialog antara agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman responden berkaitan dialog antara agama, menilai sikap responden terhadap dialog antara agama dan mengukur tahap amalan responden berkaitan dialog antara agama. Kajian dijalankan ke atas 400 responden, 200 responden dari kalangan Persatuan Sasana Abhiwurdi Wardhana (PSAW) dan 200 responden lagi dari kalangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Manakala instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temubual. Analisis data secara deskriptif dan inferensi kolerasi Spearman dilakukan dengan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) for Windows version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan sikap semua responden terhadap dialog antara agama pada tahap memuaskan. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara kefahaman dengan sikap semua responden. Ini menunjukkan semakin tinggi tahap kefahaman responden terhadap dialog antara agama, semakin baik sikap responden terhadap dialog antara agama.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; wanita; dialog; agama; Kuala Lumpur
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:6762
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Dec 2013 04:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:42

Repository Staff Only: item control page