Persepsi mahasiswa terhadap isu-isu perpaduan: kajian ke atas pelajar-pelajar rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

Razli Ahmad, and Hanum Hassan, and Azuddin Bahari, (2013) Persepsi mahasiswa terhadap isu-isu perpaduan: kajian ke atas pelajar-pelajar rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal Personalia Pelajar (16). pp. 15-24. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
46kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, negara berhadapan dengan pelbagai isu seperti kelembapan ekonomi, perpaduan kaum yang dikatakan semakin rapuh di samping isu mengenai perkembangan politik dalam negara. Isu-isu ini muncul selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada tahun 2008 yang lalu. Pelbagai tafsiran diberikan antaranya mengaitkan kesan pilihan raya sebagai punca kerapuhan hubungan antara kaum di Malaysia. Menariknya, keadaan ini juga dikaitkan dengan pola pemikiran generasi muda iaitu kesukaran untuk memahami pemikiran mereka sehingga menghasilkan keputusan pilihan raya 2008 yang luar biasa. Sehubungan itu, satu kajian dilaksanakan dalam kalangan mahasiswa khususnya mahasiswa dalam bidang kejuruteraan untuk melihat tahap kesedaran mereka terhadap isu-isu perpaduan. Seramai 506 orang responden yang terdiri daripada empat buah universiti berasaskan teknikal di Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Teknoligi Tun Hussin Onn (UTHM). Objektif utama kajian ini ialah (i) mengkaji tahap kesedaran terhadap isu-isu mengenai perpaduan kaum, politik, ekonomi dan konsep 1 Malaysia dalam kalangan mahasiswa bidang kejuruteraan berasaskan universiti yang berbeza, ii) mengkaji tahap kesedaran mahasiswa daripada universiti berbeza terhadap konsep 1 Malaysia, iii) mengkaji persepsi pelajar dan i jantina yang berbeza dengan kesedaran terhadap perpaduan kaum di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Perpaduan; mahasiswa; kesedaran; isu semasa
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:6790
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2014 03:28
Last Modified:07 Jan 2014 03:52

Repository Staff Only: item control page